BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 2, 2011

My E-day Part 2 (Sarung Cincin)

In the name of Allah,the Most Gracious & the Most Merciful.....

hai kawan2 semua...bertemu kita dalam episod seterusnya..hihi..kali ni aku nak share dengan korg masa E-day aku.tak lengkap majlis kalau "ORANG" yg dipinang takde dalam gambar.haruslah jadi artis sekejap pada hari jadiNYA.hehehe.let's start your heart & your eyes !!!


errr.serius aku ketaq lutut time nak jalan pergi dekat bakal mak metua.memang la sebelum ni OK sebab tu tak formal ni formal.lain ooo rasanya.macam nak pitam pun ada.yang paling kelakar aku rasa masa sebelum sarung cincin.tak pernah ni dalam aircond berpeluh tapi hari tu aku boleh berpeluh.tangan basah gilerrrr!!haishh.masa tu Allah je la yang tahu betapa earthquake nye hati aku.hahahahaha.

bila tengok balik picx bawah ni baru aku perasan semua MATA tengah pandang aku.tapi sejujurnya masa ni aku tak nampak pape dah.GELAP!!rasa nak lari kat luar peluk bakal tunang!hahahahahaha.tapi gile!!belum nikah ooo.tak pasal2 kang terus jadi majlis nikah.wakakakaka.

masa nak sarung cincin ni,tangan aku sejuk yang pastinya.mencari jari mana aku nak bagi paling kelakar padahal aunty2 cakap bagi tangan kanan,aku boleh bagi tangan kiri.hahaha.parah2.tapi jari & tangan mana sekali pun,takpe yang penting jari yang disarung tu betul2 bakal menantu ey.hahahaha.

ni bukan la picx last.picx banyak cumanya aku nak share flow yang aku lalui semasa bakal mak metua sarung cincin & kena peluk.korang ada??xde kan??hahaha.gurau je.setiap manusia akan merasai benda ni.so,aku doakan korang yang nak bertunang,jangan la jadi gelabah macam aku.siyes buruk!!heee.


selepas berakhirnya majlis sarung cincin,majlis tak tamat.ada seisi bergambar bersama tunang & kawan2.picx dengan family sikit tapi kalau ada nanti aku share oke.

oke guys!stop kat sini dulu ey,jumpa di My E-day Part 3 ( DONE!)


cheers!
LoAdSa LoVe

LoAdSa LoVe: My E-day Part 1 (Bersidang)

LoAdSa LoVe: My E-day Part 1 (Bersidang)

Friday, September 30, 2011

My E-day Part 1 (Bersidang)

Bismillahirrahmanirrahim.Salam 1 Malaysia!!!

Dua puluh lima haribulan sembilan dua ribu sebelas @ 25.09.2011 adalah tarikh keramat bagi SITI SA'ADAH BINTI MOHD SAID & AQHARI ALIF BIN ALWEE mengikat tali percintaan.Bukan nikah.Belum lagi oke.Kami telah selamat diTUNANGKAN oleh keluarga kami.Haaa nak tengok gambar??Jum saya bawa anda!!!


ni pulak dari pihak lelaki.gold gitu.ada kasut,baju nikah,kek,sirih junjung,duit hantaran,cincin & tepak sirih.heeee^^best2.


Sebelum persidangan dimulakan, tepak sirih & sirih junjung akan duhulurkan oleh kedua2 pihak.cewahhh.cam perunding majlis plak.wakaka.ni adat ey adik2.jangan plak melawan cakap org2 tua.layankan je oke.hehe.part yg penting dalam adat meminang ni,tepak sirih.ikut kita yg moden ni kalau boleh tamo tepak2 sirih tapi apakan daya,melayu.cantik dengan adat kata eyh.ikutkan aje la...zasss!!!


tak payah cite banyak.part ni aku takde sangat.tapi sebenarnya dalam adat meminang ni,part ni yg best sekali.haaa.kenapa best?ada pantun2.spontan je.takyah nak letak lirik nak berbalas pantun.spontan kan lagi best.aku dgr dari dalam bilik dorg punya ketawa,perghh.rasa nak keluar nak join berpantun.huhuhu.



habislah cerita pasal bersidang.nanti aku nak cerita bila kena sarung cincin plak.perghhh.ni lagi horror.siyes pucat!!huhu.

okay geng!jumpa di My E-day Part 2 (Sarung cincin) nanti.
bye2.:)


Cheers!!
LoAdSa LoVe


Tuesday, May 31, 2011

My Love Birthday:)





Happy Birthday to you

Happy Birthday to you

Happy Birthday to my love
Happy Birthday to YOU!!

If I give you a complete birthday gift,

With kisses and kisses and more,

How will we be keep the flame so strong,

If it's all been said and done before?

So for that reason I count my gifts,

For birthday and birthday to come,

Just to remind you over and over,

That you truly are the ONE,

Many many Happy Return of The Day!!!




Selamat Hari Lahir Papa.

Mama doakan papa bahagia dunia & akhirat bersama orang yang papa sayang.

Maaf kalau selama perkenalan kita,mama banyak buat hal tapi papa kuatkan mama dengan cinta papa.

Terima Kasih Aqhari Alif Alwee.

SELAMAT HARI LAHIR ! ! !













Good or Bad day, I expect one thing,to see your smile,your love for me,that's adorn my life.

THANKS DEARIE!HAPPY BIRTHDAY ONCE AGAIN!I LOVE YOU SO MUCH!!!

Sunday, May 22, 2011

Drama kehidupan.^^

Hai..dah lama aku tak update blog aku.Hari ni macam nak update plak.Alhamdulillah sekarang aku dah jadi manusia yang separuh lengkap.Mungkin sebab dah habis belajar dan bergelar seorang pekerja sekarang.Dulu masa belajar main-main.Haaa.Bila dah abis rasa macam nak belajar jer,tak nak keje.Siyes bosan.Dari lahir sampai sekarang asyik kena ikut arahan orang je.Tiba2 terfikir,nape ek hidup ni kena dengar cakap org?Rasa macam tak de kebebasan pun ada gak.Heeee.Peace yawll.Tu yang aku fikir,jangan korg pun fikir dah la.Nanti jadi aku pulak.Jadi diri sendiri oke.

Kerjaya aku sekarang sebagai financial analyst.Apa yang aku nak bagitahu kat sini,memang betul apa org cakap,kadangkala kita tak akan dapat apa yang kita nak.Tapi tak bermakna Allah aturkan sesuatu yang tak baik atau luar kemampuan kita.Aku tak suka finance.Aku tak suka!Tapi last2 aku tercampak dalam dunia finance.Cita2 nak jadi designer nampaknye angan2 tahi ayam je la.Tak pasal2 angan2 aku jadi tahi.Hayyyaaa.Busuk!Hahahahahaha.Tapi aku masih sayang dgn cita2 aku.Sebab art aku tak akan menyerah kalah!Dunia aku,fantasi aku,imaginasi aku,semuanya ada art.Selagi hayat aku dikandung badan,aku akan cuba merealisasikan impian aku.Tapi adakalanya,give up gak.Macam mana?Hanya diri sendiri yang mampu mengubahnya.Org sekeliling hanya mampu memberi semangat untuk kita teruskan.

Seindahnya aku tak suka menceritakan apa yang berlaku sepanjang perjalanan hidup aku.Sangat teruk.Dah banyak kali aku jatuh pastu aku bangun balik.Tapi aku tak pastilah lepas ni bila jatuh,boleh bangun lagi ke tak.Pengalaman hidup banyak mematangkan manusia macam aku.Aku tak kisah kalau org kata macam2 kat aku.Baju aku murah ke,kereta aku made in Malaysia je ke,perfume aku tak wangi ke,beg aku tak ada jenama ke.Katalah.Mulut org.Kalau ianya mulut tempayan sekalipun aku tak nak pecah kan pun.Tak ada kena mengena ngan aku.Heeee.Tak kisah la pakai apa2 jenama pun,dekat akhirat nanti,perfume yang korg agung2kan sekarang ni,tak wangi de.Paling murah sekali.Silap2 tak ada nilai.Baju yang berjenama 2?Kain putih je pun kita bawak.Aku tak cakap tak boleh itu semua,tapi beringatlah.Kalau kau nak kaya,kayalah sorg2.Jangan buat fitnah dan mendatangkan dosa pada diri sendiri dan org lain.Malas la nak sentuh hal macam tu.Aku cakap sebab bukan aku cemburu atau aku ni bagus sgt.Setiap manusia ada kekurangan.Aku tak malu cakap.Aku dilahirkan,ibu bapa aku beli baju branded,but lastly bila aku dah naik sekolah menengah,baju free aku suka.Tak kisah org nak cakap apa.Pergi The Mines masa form 2,pakai baju milo free.Pakai selipar je.Hahaha.Rindu masa2 tu.Tapi masa tu aku tahu,kawan2 aku semua pakai baju mahal2.Sikit pun tak cemburu.Org cakap aku tak ada perasaan.Mana kau tahu ek?De kuasa betul.Huhuhu.

Memang org akan beli sesuatu yang berkualiti.Tahan lama.Tak dinafikan.Aku pun akan cari sesuatu yang tahan lama.Tapi hanya SATU benda.MASA.Sebab aku tahu tahap kemampuan diri sendiri.
Minda aku terbuka untuk berkongsi bukan kisah percintaan atau kisah kesusahan.Tapi kisah aku yang tak sempurna tapi bersedia untuk sempurnakan diri.Jadilah manusia yang hidup berpaksikan kaabah.Jangan lupa org susah.Berpegang pada pendirian hidup bukan pada kehendak hidup.Selamat untuk anda semua.Aminn.


Coretan ikhlas

-LoAdSa Love-

Thursday, January 6, 2011

DIA MILIKKU^^

DIA MILIKKU

nama dia aqhari alif bin alwee.dia adalah antara org teristimewa yg hadir dalam hidup aku sejak aku dilahirkan selain daripada ibu bapaku dan adik beradikku sendiri.mungkinkah dia adalah org yg akan jaga aku sepanjang hayat?jika diizinkan umur aku panjang dan ada jodoh kami,insyaAllah dia adalah insan pilihanku.
dia amat memahami perangai aku,tingkah laku aku cepat dia tangkap.dia tahu ape kesukaan aku.fav ak.semua la.dia phm perangai aku.dan yg paling penting dia x suka paksa2 aku.thank you papa.i love u soo muchh2 papa.


kami dah berkenalan hampir 2 tahun.x lama tp byk benda yg kami buat bersama.pergi zoo,tgk wayang,jalan2 cari pasal,eeee byk la.kalau kitorg xde duit.kitorg xkira.mesti kena kua jalan2 jugak.paling penting WAYANG oke.hehehehe.dia insan yg hadir tanpa diduga dan dialah insan terakhir akan ku abadikan dalam jiwa.semoga segala doa kami ALLAH akan makbulkan.
AMIN....


setiap patah kata yang dilafazkan akan sentiasa mama ingat papa.kerana dirimu amat penting dalam hidupku kini.



orang yg tidak pernah mengenali cinta tidak akan merasai apa2 tentang cinta.dia yg hadir dlm hidupku tanpa balasan cinta hanya sayang tp akhirnya membuahkan cinta kerana dia betul2 dan bersungguh2 untuk memilikiku.jika salah tanggapan aku,buruklah padahnya.tapi inilah hakikat sebuah percintaan.penuh ujian.kesabaran dan POSITIVE !

dia adalah nyawaku.






DIA ADALAH MILIKKU SELAMANYA.
AQHARI ALIF ALWEE
&
SITI SA'ADAH MOHD SAID